Kamis, 27 Februari 2014

Lelaki Jadi Murtad Selepas Sedar Dari Koma

- 0 komentar

ALABAMA – Seorang lelaki Islam menjadi murtad selepas sedar dari koma selama sebulan akibat aneurysm otak pada 1992.

Karim Shamsi-Basha yang dilahirkan di Syria dan menulis buku Paul and Me, kemudiannya menukar agama kristian.


Menurut Karim, dia dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dan turut mempunyai rakan-rakan yang beragama kristian.

Malah ketika remaja, dia juga melaksanakan tuntutan agama termasuk bersembahyang lima waktu, sering ke masjid dan berpuasa.

Sebelum mendapat aneurysm otak, Karim tidak pernah berniat untuk menukar agama.

Ketika berusia 18 tahun, dia meninggalkan Syria untuk menuntut di Universiti Tennessee di Amerika Syarikat, berkahwin dan mempunyai anak, sehinggalah dia mengalami aneurysm otak.

Ketika proses pemulihan itu, dia mula membaca Bible dan memeluk kristian pada 1996.
[Continue reading...]

Rabu, 26 Februari 2014

Selasa, 25 Februari 2014

DAP Anggap Melayu ‘Anggota 50 Sen’

- 0 komentar

GEORGETOWN – Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kepimpinan parti itu melihat penyertaan orang Melayu dalam DAP sebagai “anggota 50 sen” yang tidak membawa kepentingan.

Katanya perkara itu dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas, apabila semua calon Melayu kalah.

“Bagi mengaburi mata rakyat dan menunjukkan DAP sebuah parti berbilang bangsa, tiga atau empat anggota Melayu diangkat menjadi pemimpin parti tetapi itu sekadar satu pembohongan,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Katanya bagi menguji dakwaan itu, beliau akan sekali lagi bertanding pada pemilihan semula CEC yang dijadualkan 29 Sept ini.

Saya ingin melihat ketelusan perwakilan dalam menterjemah ideologi ‘Malaysian Malaysia’ semasa pemilihan itu kelak, katanya.

Zulkifli yang kalah dalam pemilihan yang diadakan Disember, berkata beliau juga akan berkempen dalam pemilihan kali ini.

“Selama 26 tahun dalam parti, saya tidak pernah sekalipun berkempen untuk sebarang pemilihan, tetapi kali ini saya akan berkempen demi menguji ketelusan parti dalam memperjuangkan ideologi itu,” katanya.

Beliau juga mendakwa berdasarkan perjumpaannya dengan anggota DAP di beberapa kawasan di Kedah dan Perak, mereka mahu Lim Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan tidak bertanding pada pemilihan semula CEC.

“Bagi mereka Lim gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengemudi proses pemilihan pada Disember lepas hingga melibatkan campur tangan ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan hampir-hampir DAP dibatalkan,” katanya. – BERNAMA
[Continue reading...]

Senin, 24 Februari 2014

Amaran kerajaan jangan hadir program Anwar

- 0 komentar

Harakahdaily, 16 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Satu notis berbunyi amaran dikeluarkan oleh kerajaan agar pelajar Malaysia di Australia, "menjauhi" program bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Notis tersebut didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), merujuk kepada program sesi awam bersama Anwar di ‘Festival of Ideas, Dissent and Democracy’ yang dijadual berlangsung di Adelaide University pada hari Sabtu, 19 Oktober ini.

Anwar dijangkakan menyampaikan pidato dan berdialog dengan hadirin pada program tersebut.

“Jauhkan diri anda dari menyertai aktiviti ini. Saya tidak ragu-ragu untuk mengambil tindakan keras ke atas penerima biasiswa JPA yang terlibat.

“Anda bijak untuk berfikir daripada melakukan aktiviti yang boleh menyulitkan anda mengekalkan gred yang menyebabkan biasiswa daripada ditarik semula.

“Anda cukup tahu apa yang ditandatangani,” kandungan surat amaran dipetik dan dikirmkan kepada Keadilandaily.

Amaran yang dikeluarkan kerajaan Malaysia itu turut dilapor media Australia, Australian Broadcasting Corporation (ABC).
[Continue reading...]

Minggu, 23 Februari 2014

Video Gambar Sweet Scha Awal Di Majlis Pengumuman Nikah

- 0 komentar
Salam semua,


Video & Gambar Sweet Scha & Awal Di Majlis Pengumuman Nikah

Umum sudah mengetahui yang pasangan romantik Awal dan Scha bakal bernikah pada 4 Mei 2012. Semalam satu sidang media telah diadakan di Flora Cafe, Jln Ampang untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka itu. Di sini admin nak share video dan gambar Awal dan Scha pada majlis tersebut. Diharapkan pembaca berpuas hati. [CT Honey]


Awal dan Scha di sidang media mengumuman tarikh nikah





 





[Continue reading...]

Sabtu, 22 Februari 2014

Jenazah Anggota Malbatt 5 Tiba Petang Ini

- 0 komentar

KUALA LUMPUR – Jenazah anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt 5) Sarjan Rosdi Mohamad Zan yang meninggal dunia akibat kemalangan kenderaan tentera di Lubnan, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2.30 petang ini.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada pukul 3.30 petang.

Jenazah kemudian akan diterbangkan ke Ipoh, Perak dengan pesawat C130 dari Pangkalan TUDM Subang.

Upacara penghormatan terakhir telah dilaksanakan di Helipad Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Lubnan pada pukul 4 petang (9 pagi waktu Malaysia) semalam.

Pada upacara itu, Komander Pasukan Unifil, Mejar Jeneral Paolo Serra menganugerahkan Allahyarham pingat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Unifil manakala Lubnan yang diwakili Komander Angkatan Tentera Lubnan, Kolonel Said Mourad menganugerahkan Pingat Negara Lubnan.

Kedua-dua pingat berkenaan disematkan pada bendera PBB yang menyelimuti keranda jenazah Allahyarham.

Jumaat lalu, Rosdi, 32, meninggal dunia kira-kira pukul 5.40 petang waktu di Lubnan (10.40 malam waktu Malaysia).

Rosdi merupakan anggota Malbatt 5 di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unifil) di Lubnan. Beliau maut apabila kenderaan kembali yang dinaikinya hilang kawalan dan terhumban 15 meter ke dalam cerun.

Nahas berlaku ketika kenderaan kembalik itu yang dalam operasi menunda kenderaan perisai Condor tiba di satu selekoh di kawasan operasi berhampiran bandar Houla.

Insiden turut menyebabkan dua lagi anggota Malbatt 5 cedera iaitu Lans Koperal Nur Syahied Taib dan Lans Koperal Mohamad Aizuwan Atan, kedua-duanya berusia 26 tahun.

Turut hadir Duta Malaysia ke Lubnan, Illango Karuppanan. – BERNAMA
[Continue reading...]

Jumat, 21 Februari 2014

10 Penyakit Dengan Biaya Pengobatan Termahal

- 0 komentar
Tiap tahunnya biaya pengobatan hampir semua penyakit semakin meningkat. Tapi diantara semua jenis penyakit itu ada yang biayanya amat mahal. Hindari 10 penyakit ini jika tidak ingin jatuh miskin.

1. Penyakit mental

Peningkatan biaya per tahun 6 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 142,2 miliar.
Penyakit mental diantaranya yaitu Alzheimer, Parkinson, Schizoprenia, depresi dan lainnya. Perkembangan obat terkini dan proses penyembuhan yang lama membuat penyakit ini menjadi penyakit dengan biaya pengobatan termahal diantara semua penyakit yang ada.

2. Penyakit jantung

Peningkatan biaya per tahun 5 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 123,1 miliar.
Penyakit jantung masih menjadi penyakit pembunuh nomor 1 di dunia. Hal ini disebabkan semakin banyak orang yang merokok dan meningkatnya pola hidup tidak sehat seperti makanan berkolesterol tinggi dan jarangnya olahraga.

3. Trauma

Peningkatan biaya per tahun 6 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 100,2 miliar.
Biaya pengobatan orang yang terkena trauma terus meningkat karena tiap kasus berbeda-beda cara pengobatannya. Selain itu alat-alat untuk mendiagnosis penyakit ini seperti Computed tomography scans cukup mahal harganya.

4. Kanker

Peningkatan biaya per tahun 7 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 99,4 miliar.
Kanker dengan biaya pengobatan termahal adalah kanker usus besar, kanker payudara, kanker paru-paru dan kanker prostat. Kunci dari menghindari penyakit ini adalah dengan menghindari merokok dan menjaga asupan makanan yang sehat.

5. Penyakit paru-paru

Peningkatan biaya per tahun 6 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 64,6 miliar.
Yang termasuk penyakit paru-paru diantaranya asma, emphysema (pembengkakan atau radang paru-paru) dan penyakit Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) lainnya.

6. Hipertensi (tekanan darah tinggi)

Peningkatan biaya per tahun 9 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 50,2 miliar.
Penyakit ini membutuhkan biaya yang cukup besar karena banyak dokter yang memberi obat dalam jumlah yang tak tanggung-tanggung pada pasiennya. Kualitas obat juga menentukan harganya. Jika saja obat hipertensi dibuat generiknya mungkin biaya penyakit ini bisa ditekan.

7. Osteoarthritis (radang sendi/rematik)

Peningkatan biaya per tahun 8 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 48 miliar.
Obesitas dan ukuran pinggang yang membesar adalah faktor yang memperbesar risiko penyakit ini. Obat-obatan mahal seperti Vioxx dan Celebrex yang muncul pada awal tahun 2000 menambah mahal biaya penyembuhan penyakit radang sendi ini. Pada tahun 2004, Vioxx ditarik dari pasaran karena memicu risiko serangan jantung.

8. Sakit punggung

Peningkatan biaya per tahun 9 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 40,1 miliar.
Pengeluaran untuk penyakit ini banyak dihabiskan untuk operasi. Ada juga obat-obatan mahal yang bersifat narcotic (membius) untuk mengatasi penyakit ini. Namun sebuah studi yang dimuat dalam Journal of the American Medical Association mengatakan bahwa semua pengobatan mahal itu tidak membuat seseorang lebih baik.

9. Penyakit ginjal

Peningkatan biaya per tahun 13 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 35,9 miliar.
Penemuan teknik dialisis untuk penderita penyakit ginjal membuat penanganan penyakit ini mahal. Teknik dialisis adalah teknologi pertama yang sangat mahal dalam menangani penyakit ginjal.

10. Diabetes

Peningkatan biaya per tahun 8 persen. Total ongkos penanganan penyakit ini di Amerika telah mencapai US$ 35,8 triliun.
Hampir 24 juta orang Amerika terkena diabetes dan pemicunya tertingginya adalah obesitas. Penyakit diabetes bisa memicu penyakit-penyakit lainnya seperti jantung dan kanker. Namun karena penyakit-penyakit itu sudah berbeda lagi pengobatannya, maka penyakit diabetes sendiri tidak memakan biaya yang lebih tinggi dari penyakit jantung atau kanker.

sumber: kaskus.us
[Continue reading...]

Kamis, 20 Februari 2014

Faizal Hussein Teringin Nak Jadi Perempuan

- 0 komentar

Sepanjang lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, aktor berkaliber Faizal Hussein, 45, memang sudah boleh berbangga dengan pencapaiannya hingga ke hari ini. Pun begitu sebagai seorang pelakon dan hanya mahu terus jadi pelakon, Faizal masih belum puas. Kata pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM25), beliau berhasrat mahu jadi melakokan watak perempuan.

“Saya teringin nak berlakon watak perempuan. Sebelum ni saya ada ditawarkan watak lembut. Tapi saya tunggu untuk watak utama dan saya dah pun dapat tawaran tu.

“Saya ditawarkan berlakon supertelefilem terbitan produksi Zeel Production. Saya akan bawa watak seorang penari hadrah, tarian yang popular di negeri Perlis. Siang saya jadi lelaki lembut, malam saya jadi wanita. Saya akan jalani penggambaran tersebut sekitar bulan April tahun hadapan’, kata Faizal Hussien sewaktu ditemui pada majlis pra-tonton filem Longkai di e@curve, Damansara, baru-baru ini.

Ditanya apa yang membuatkan beliau teringin benar mahu menghidupkan watak seorang wanita, Jawab Faizal,

“Saya kurus, jadi saya rasa mesti cantik kalau saya disolek dan jadi perempuan”, selorohnya.

Teruja Dengan Erra Fazira

Sementara itu dalam filem Longkai, menuntut Faizal bukan saja melakukan adegan lasak tetapi juga banyak bermain dengan emosi.

“Kali ni saya berpeluang berlakon sebagai hero yang ganas dan buat stunt sendiri. Itu salah satu sebab saya terima untuk berlakon dalam filem ni. Tapi dalam masa sama saya kena banyak main emosi, saya kena menangis, kurang bercakap dan perlu bercinta.

“Selain tu Erra Fazira herion saya. Bila saya dengar Erra berlakon sama, saya teruja sebab memang teringin nak berlakon dengan dia. Dan kami ta ada masalah untuk wujudkan keserasian ketika di set. Erra seorang pelakon yang profesional. Apabila sampai di set penggambaran dia sudah pun siap solekan, hafal semua dialognya dan untuk membina hubungan pun tiada masalah”, katanya memengang watak sebagai Bada, seorang penarik kereta.

Longkai turut dijayakan oleh Dira Abu Zahar, Wawa Zainal, Pierre Andre, Along Eyzendy, Mohd Mikail Andre dan ramai lagi. Filem terbitan MIG ini akan ditayangkan mulai 10 Oktober ini. – Malaysian Digest
[Continue reading...]

Rabu, 19 Februari 2014

RCI Sabah ditangguh ekoran ancaman bom

- 0 komentar

  • Nigel Aw
  • Malaysiakini  Jan 14 2013
Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menjadi tempat pendengaran inkuiri Suruhanjaya Dirajaya mengenai imigran Sabah dipindahkan hari ini berikutan satu ancaman bom.

NONEPengerusi RCI Tan Sri Steve Shim Lip Kiong menangguh inkuiri berkenaan pada jam 2.47 petang selepas setiausaha suruhanjaya Sarupuddin Kassim mendekatinya dan memberitahu sesuatu.

Shim mengumumkan penangguhan berkenaan dan polis kemudiannya memasuki ruang mahkamah dan mengiringi semua individu ke luar kawasan mahkamah.

NONEPolis di lokasi enggan memberi sebarang maklumat namun meminta orang ramai supaya menunggu di seberang jalan di luar mahkamah kerana mungkin timbul "bahaya".

Polis memberi arahan melalui pembesar suara supaya orang ramai menjauhi kawasan tersebut sehingga selesai siasatan.

Satu unit pemusnah bom tiba 15 minit kemudian dan menutup satu bahagian di Jalan Pantai, yang setentang dengan bangunan mahkamah.

Polis turut membawa seekor anjing pengesan pada jam 3.20 petang untuk memeriksa kawasan mahkamah dan juga kenderaan di luar bangunan mahkamah.

NONEPemindahan itu menarik perhatian orang ramai yang memerhati dari luar pintu mahkamah dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, seorang ketua polis daerah Kota Kinabalu Jauteh Dikun berkata operator mahkamah menerima panggilan mengenai ancaman bom pada jam 2.30 petang.

Katanya, pemanggil itu mendakwa satu bom dibungkis beg pastik diletakkan di dalam satu tong sampah.

Susulan itu, pasukannya bertindak memindahkan orang ramai daripada bangunan mahkamah tersebut, katanya.

Pasukannya bagaimanapun tidak menjumpai apa-apa selepas pemeriksaan dilakukan, katanya dan menambah, panggilan berkenaan mungkin bertujuan untuk mengganggu prosiding RCI hari ini.
[Continue reading...]

Selasa, 18 Februari 2014

Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13 kata Dr M

- 0 komentar
January 31, 2013
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. 
 
Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.

"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.
Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.
"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.

"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar. TMI
[Continue reading...]

Senin, 17 Februari 2014

Piring Terbang Waktu Malam

- 0 komentar
Terdapat lebih 140 kes UFO ?singgah? di Malaysia dicatatkan dalam tempoh 30 tahun lalu. Bagi peminat ?piring terbang?, UFO bukan lagi khayalan.
Benarkah UFO wujud?
ZAID ZAIN, 43, sedang minum di sebuah restoran di Larkin Perdana, Johor Bahru, pada 17 Mac lalu apabila anaknya yang berusia 10 tahun, Mohd. Nauman menelefon untuk memberitahu dia ternampak sebuah objek pelik berlegar-legar di ruang angkasa.
Sebagai seorang yang obses dengan fenomena objek terbang tidak dikenali (UFO), Zaid bergegas pulang. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam manakala dada langit kelihatan cerah.

"Objek itu mempunyai dua warna iaitu putih dan hijau. Jika dilihat dari rumah saya, ia seperti betul-betul berada di ruang udara Stadium Larkin," katanya.



KAWAH berbentuk Y yang dipenuhi air di kawasan lapang
berpaya dan didakwa kesan objek asing turun telah ditemui
di Kampung Gobek, Tanah Merah, Kelantan pada Mac 2000.

Selepas kejadian itu, boleh dikatakan setiap hari Zaid akan mendongak ke langit, namun UFO itu hanya boleh dilihat sebanyak dua kali dalam seminggu.

"Saya terfikir juga ia mungkin pesawat canggih negara jiran, tapi tidak mungkin kerana bentuk dan objek terbang yang saya lihat itu terlalu tinggi di udara," katanya.

Adik Zaid, Mohd. Zamri, 30, sempat merakam pergerakan UFO tersebut dan menganalisis imej tersebut menggunakan komputer.

"Antara yang saya teliti adalah pergerakan, warna dan bentuknya," katanya.

Mohd. Zamri percaya objek itu bukan layang-layang bercahaya. "Tidak mungkin layang-layang boleh terbang setinggi itu di angkasa dan bertahan sehingga lebih satu jam sebelum hilang di celah awan," jelasnya.

Sekalipun UFO dianggap cerita dongeng oleh kebanyakan orang, masih ada rakyat Malaysia yang mempercayainya malah mendakwa pernah melihatnya.

Menurut laporan, terdapat lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun lalu iaitu dari tahun 1981 hingga 2008.

Tanjung Sepat di Selangor dan Sungai Petani, Kedah ialah lokasi paling kerap objek itu didakwa muncul iaitu masing-masing sebanyak 10 dan lapan kali kali.

Satu anggaran kasar pernah menyatakan pendaratan UFO di seluruh dunia berlaku setiap 15 minit atau 30 minit.

OBJEK terbang mengeluarkan cahaya terang ialah
bentuk UFO paling kerap disaksikan di negara ini.



Ahmad Jamaludin

Bagi bekas kakitangan kerajaan, Ahmad Jamaludin, 56, kemunculan UFO menjadi petanda gempa bumi akan berlaku di Sumatera, Indonesia.

Kejadian gempa bumi di Sumatera dipercayai berlaku dalam tempoh 24 jam hingga tiga bulan selepas UFO dilaporkan muncul.

"Jarak kemunculan UFO adalah bergantung kepada kekuatan gempa bumi itu. Jika magnitud 5 (biasanya kalau berlaku di kawasan utara Sumatera), ia (UFO) akan muncul di sebelah utara Semenanjung. Misalnya Pulau Pinang atau Kedah.

"Tetapi, jika magnitud itu lagi kuat, ia akan pergi jauh lagi, contohnya di Kelantan, Terengganu. Bergantung kepada magnitud tersebut," katanya.

MOHD. ZAMRI membuat lakaran piring terbang yang
dilihatnya di Larkin, Johor Bahru pada 17 Mac lalu.

Memiliki pengalaman selama 33 tahun dalam bidang kaji kuman dan penyakit haiwan akuatik, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Ahmad yang ditemui Kosmo! Ahad di ibu negara tidak lama dahulu begitu teruja apabila diajak berkongsi perspektifnya tentang UFO.

"Ya, saya yakin memang ada UFO kerana banyak data yang menyokong kehadirannya," kata Ahmad yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Pernah belajar memandu dengan Kelab Penerbangan Perak, Ahmad memberitahu, beliau sering berhubung dengan pakar-pakar dan peminat UFO luar negara untuk merungkai misteri alam itu.

KITARAN kemunculan UFO. Makhluk asing itu didakwa
telah memetakan kehadirannya mengikut tahun.

Menurutnya, berdasarkan kajian menerusi kompilasi data-data sejak lebih tiga dekad lalu, UFO lazimnya muncul pada waktu malam.

"Data-data yang konsisten menunjukkan UFO biasanya muncul pada pukul 8 malam. Tetapi puncanya masih belum diketahui," ujarnya yang mula mengkaji tentang kehadiran UFO di Malaysia sejak tahun 1978.

UFO Yang pernah mengemparkan penduduk di Kota Kinabalu.
Ahmad berpendapat kekerapan kemunculan UFO mempunyai kitarannya sendiri.

"Kemuncak kemunculan objek asing ini akan berlaku setiap 10 tahun. Tahun 2001, misalnya, dikategorikan sebagai tempoh kehadiran UFO paling banyak. Jadi gelombang itu bakal berulang lagi pada tahun ini atau tahun hadapan," katanya.

Kenapa hendak mengkaji UFO?

"Dengan mengkaji pendaratan UFO, kita dapat buktikan bahawa terdapat makhluk lain selain daripada manusia.

"Pakar-pakar astronomi turut meramalkan terdapat jutaan bintang yang ada penghuninya. Tapi satu pun tidak sampai ke sini kerana jaraknya terlalu jauh.

"Jadi saya ingin buktikan bahawa makhluk asing memang wujud dan mereka datang ke bumi," terang Ahmad panjang lebar.

UFO Yang pernah muncul di Menara KL.
Bagaimanapun, Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Zulhabibullah Ismail, memberitahu sehingga kini tiada bukti secara saintifik wujudnya UFO.

"Pengkaji di Amerika Syarikat dikatakan pernah terjumpa dengan makhluk asing yang dipercayai UFO namun apabila dikaji tinjauannya hanyalah bangkai binatang ataupun manusia.

"Malah kajian Angkasa berdasarkan aduan orang ramai yang mendakwa melihat UFO di Perak, Johor dan Kelantan sebenarnya hanyalah objek payung terjun, belon kaji cuaca serta pergerakan arus elektrik di udara," katanya.

Bicaranya lagi, kajian yang beliau lakukan juga mendapati objek yang disangka UFO ialah komet dan meteor.

"Seperti belon cuaca, ia mempunyai aluminium yang boleh memantulkan cahaya dan kelajuan angin membuatkan ia pantas bergerak.

"Pihak berkuasa Amerika Syarikat sendiri pernah mengkaji dengan serius sama ada UFO wujud atau tidak dengan memasang radio teleskop gergasi di kawasan pergunungan bagi berhubung dengan makhluk misteri itu.

UFO Juga pernah muncul di Pulau Pinang.
"Tetapi program itu gagal walaupun berbilion dolar telah dihabiskan," ujarnya,

Penceramah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah pula memberitahu, tiada satu pun ayat di dalam al-Quran dan hadis Nabi yang mengatakan wujudnya UFO.

"Yang ada ialah cerita mengenai syaitan, jin dan makhluk halus lain. Memang makhluk ini boleh bertukar rupa tetapi saya tidak pernah mendengar cerita jin bertukar menjadi piring terban
g UFO," ujarnya






Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM, YEO LI SHIAN dan AFIFI HAFIZ M. NOR
[Continue reading...]

Minggu, 16 Februari 2014

Sadis ! Hidup dengan ventilator buatan sendiri kerana miskin

- 0 komentar

 

Seorang lelaki China tetap hidup selama lima tahun terakhir berkat ventilator buatan keluarganya yang harus secara manual meneknnya ratusan kali sehari. Fu Xuepeng 25 dia dilanggar oleh kereta ketika   menunggang motorsikal ke supermarket. Dia didiagnosis kerosakan parah pada sistem saraf dan lumpuh dari leher ke bawah dan tidak mampu bernafas tanpa bantuan sejak itu.

Sebaliknya dia harus mengandalkan ventilator dengan paip nafas di hidungnya. Tapi setelah empat bulan di Rumah Sakit, orangtuanya terpaksa membawanya pulang kerana biaya pengubatan yang tinggi. Meskipun menerima 300.000 yuan (£ 30,0000) sebagai kompensasi dari pemandu biaya lebih dari 10.000 (£ 1.000) yuan per minggu untuk menjaga Fu pada ventilator RS.

Ibu Wang Lanqin dan ayah Fu Minzu yang tersisa hanya satu pilihan untuk mengeluarkannya dari RS dan mencuba untuk merawatnya di rumah. Mereka membeli ventilator tas katup masker dan dipengepam secara manual oksigen untuk menyelamatkan nyawanya.

Istirehat mereka hanyalah pada malam hari, ketika rumah yang dibangun DIY ventilator dibuat oleh saudara Fu pada tahun 2009 setelah menonton bagaimana membuat di TV. Terdiri dari motor elektrik dan tiang mendorong melampirkan perangkat ke topeng katup beg. Namun tingginya biaya elektrik berarti mereka tidak boleh  menggunakannya sepanjang hari, memaksa mereka untuk melanjutkan tidur mereka vigils sisi sepanjang hari.

Ia kini berjanji untuk menyumbangkan ventilator kepadanya dan simpatisan lain telah menyiapkan dana untuk pengadaan ventilator manual tersebut untuknya. Pemerintah staf dan doktor dari rumah sakit setempat juga mengunjungi keluarga ini, dan sekarang keadaan telah mendapatkan cahaya yang baik dari para simpatisan. Dia adalah seorang mahasiswa, dia didiagnosis pada tahun 1993 dengan penyakit ginjal, yang berarti produk limbah tidak dapat dihapus dari darahnya.

• Fu Xuepeng tetap hidup selama lima tahun terakhir berkat ke ventilator buatan sendiri


• Fu didiagnosis dengan kerosakan parah pada sistem saraf setelah mengalami kecelakaan  motorsikal.

• Untuk menjaga Fu, bola udara terpasang harus diperas secara manual bahkan untuk mengepam oksigen ke dalam tubuh, mereka harus meramas kantong Resuscitator 18 kali per minit


• istirahat hanya keluarga hanya pada malam hari, ketika rumah yang dibangun DIY ventilator (r), dibuat oleh saudara Fu muda

• Rumah-built DIY ventilator terdiri dari motor elektrik, perangkat ke topeng katup tas. Namun tingginya biaya elektrik bererti mereka tidak boleh  menggunakannya sepanjang hari

• Ventilator bertenaga elektrikini dibuat oleh saudara Fu muda pada tahun 2009 setelah menonton bagaimana membuat satu di TV

• mengambil secara bergiliran untuk memeras kantong Resuscitator 18 kali per minit membuat tangga keluarganya berubah

• Tapi nasib keluarga yang sekarang sudah siap untuk berubah setelah sebuah blog tentang cerita keluarga yang menyayat hati
http://anehdidunia.com

• Perusahaan kini telah berjanji untuk menyumbangkan ventilator kepadanya 

 
sumber:http://duniaandromedaku.blogspot

[Continue reading...]

Sabtu, 15 Februari 2014

KE7BMG Sahut Cabaran Najib

- 0 komentar

Dalam mencipta sejarah negara sebagai penjelajah pertama Malaysia merentasi benua Greenland, Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) telah memulakan proses pemilihan yang diadakan di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini hari ini.

Ekspedisi KE7B Malaysia Greenland 2014 (KE7BMG) dianjurkan bagi menyahut hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat lebih ramai golongan belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesukanan.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Penasihat Kehormat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles Mohd Yusof ketika ditemubual pemberita di perkarangan Stadium UiTM di sini hari ini.

Menurut beliau, ekspedisi tersebut dilihat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila seramai 117 orang telah hadir pada sesi pemilihan.

“Sesi pemilihan kali ini amat penting terutamanya dalam memilih peserta yang betul-betul mempunyai ketahanan fizikal yang tinggi.

“Ini kerana dalam ekspedisi sebenar, mereka akan melalui pelbagai rintangan seperti suhu yang mencecah -40 darjah selsius, ribut salji, laluan berliku-liku,” jelas Akmar.

Pada sesi pemilihan tersebut, para peserta dikehendaki melalui pelbagai ujian seperti 2.4KM bawah 10 minit untuk lelaki dan 12 minit untuk wanita, ujian pengetahuan rekreasi, ujian IQ dan ujian fizikal.

Pada masa yang sama, Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin menjelaskan ujian yang dijalankan bukan sahaja akan berlangsung di Malaysia, malah di luar negara seperti di Norway dan New Zealand.

“Dari sesi pemilihan ini kita akan memilih 30 orang peserta untuk meneruskan cabaran dan sesi ujian seterusnya di dalam dan luar negara.

“Hanya 10 orang sahaja yang akan menjayakan misi sulung tersebut dan apabila mereka pulang mereka akan menjadi ikon serta memberi motivasi kepada mereka yang lain,” jelas Muqharabbin.

Misi KE7BMG akan merentasi benua Greenland dari arah timur ke barat sejauh 550KM dengan cabaran suhu sehingga negatif 45 darjah selsius.

Semua peserta yang terpilih bakal menjalani ujian fizikal dan mental di bawah bimbingan tiga jurulatih iaitu Muhammad Illaham Ishak, Zainudin Lot dan Siti Hanisah Sharuddin.

Mereka juga akan menjalani ruti latihan seperti mendaki, ‘basic skii’, ‘polar course and training’ serta ‘endurance’ selama 7 bulan di UiTM Shah Alam dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Dalam pada itu, salah seorang peserta yang hadir pada sesi pemilihan, Hajar Mohd Noor, 34, berkata, aktiviti lasak seperti mendaki adalah sebahagian hobinya.

“Semenjak sekolah dulu saya memang meminati aktiviti sebegini dan saya telah membuat pelbagai persiapan sebelum datang pemilihan hari ini.

“Saya sangat teruja dengan ekspedisi ini. Kalau ada rezeki, insyallah saya akan buat yang terbaik sekaligus mengharumkan nama negara,” jelas Hajar.

Baginya, ujian yang ditempuhinya pada sesi pemilihan tersebut adalah antara ujian peringkat awal yang paling sukar pernah dilaluinya.

Semoga hasrat Perdana Menteri untuk melihat golongan belia melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan akan tercapai sekaligus mengharumkan nama negara.
[Continue reading...]

Jumat, 14 Februari 2014

wanita melayu moden

- 0 komentar


pengaruh gaya hidup barat....






































[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Damri blog - Posts · Comments
Powered by Blogger