Sabtu, 08 Maret 2014

Pakatan jadikan media lebih adil untuk rakyat

Harakahdaily

Mohd Sabri Said, 10 Mac 2013
GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat berjanji akan menguruskan semua sistem media negara dengan lebih terancang, dinamik, mantap dan penuh dengan keadilan untuk rakyat, kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.
Katanya, pelaksanaan sistem media yang lebih telus memberikan impirasi kepada keseluruhan rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran tidak seperti sekarang yang berat sebelah dan dimonopoli kerajaan yang memerintah.

"Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat berkuasa nanti langkah pertama yang saya akan pastikan ialah sistem medianya mesti telus dan dan mempunyai kredibiliti yang tinggi tidak seperti sekarang tidak amanah, menurunnya etika kewartawanan dan sukakan penyebaran fitnah, " terangnya semasa pembentangan Manifesto Pusat di Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.

Katanya, jika Pakatan Rakyat mengekalkan sistem yang sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN), pasti rakyat akan menghukum pula Pakatan Rakyat malah lebih hina daripada yang dihadapi oleh pemerintah yang zalim hari ini.

Maka, menurutnya menjadi tugasan berat PAS, PKR dan DAP, sebab selama 50 tahun rakyat dimomokkan dengan cerita bohong kononnya pembangkang suka bercakap kosong serta mahu menjadikan Malaysia ke arah negara yang liberal.

Semua itu katanya, kena disekat kerana kebanyakan pemikiran orang Melayu terutamanya senang dihasut malahan seolah diikat supaya tetap memberikan undi kepada Umno BN setiap kali pilihanraya umum.

"Umno dan BN bukan parti yang kuat sebenarnya. Parti itu lemah, cuma kerana mereka menguasai media arus perdana apa yang ada dicakapkan itulah diulang tayang agar rakyat tetap dengan BN walaupun ianya karam di lautan, " jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Turut membentangkan manifesto mewakili PKR ialah Rafizi Ramli dan Zairil Khir Johari mewakili DAP.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Damri blog - Posts · Comments
Powered by Blogger