Rabu, 25 Desember 2013

Kenapa takut ular

Kenapa...?


TAKUTKAN ular merupakan satu perasaan yang berlaku secara terevolusi dalam diri manusia.




TAKUTKAN ular merupakan salah satu daripada fobia yang paling biasa walaupun ramai orang tidak pernah terserempak dengan haiwan ini. Jadi, bagaimana perasaan takut ini terjadi?
Kajian terbaru menunjukkan kecenderungan perasaan manusia terhadap ular berlaku secara terevolusi iaitu mereka belajar takutkan haiwan ini.
Ahli-ahli psikologi mendapati orang dewasa dan kanak-kanak dapat mengesan imej ular lebih pantas berbanding objek lain termasuk katak, bunga atau ulat beluncas.
"Keupayaan ini telah dibantu oleh kelangsungan hidup manusia dalam hutan liar sejak dahulu.
"Ideanya ialah ia berlaku menerusi sejarah evolusi yang mana manusia mempelajari untuk takutkan ular demi meneruskan hidup dan melahirkan generasi baru," kata pengkaji Vanessa LoBue di University of Virginia, Amerika Syarikat (AS).
Terdahulu, pengkaji telah mencadangkan keperluan untuk menyedari kehadiran ular dalam dunia liar telah menyumbang kepada penglihatan yang lebih baik dan otak yang lebih besar bagi primat-primat terdahulu.
"Perasaan ini sangat biasa," kata LoBue kepada LiveScience.
"Kita tidak melihat ular setiap masa. Jadi, tentulah tidak ada alasan kenapa kita begitu geli atau membencinya."
Para pengkaji terpanggil untuk mengkaji ketakutan terhadap ular apabila mereka fikir bagaimana secara universal manusia amat geli dengan cicak tak berkaki itu.
Rakannya, Judy DeLoache, sememangnya takutkan ular. "Apabila saya melihat gambar ular, saya macam... oh Tuhan...jijiknya!"
Inilah antara sebab kenapa kami mengkaji tentang bagaimana perasaan ini terbentuk.
"Firasat saya menunjukkan ada sesuatu yang membuatkan saya takutkan ular sejak dulu lagi," ujarnya.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Damri blog - Posts · Comments
Powered by Blogger