Selasa, 17 Desember 2013

Pak Samad Terkejut Polis Tak Tanya Pun Bab Puisi

06 September, 2012

 

KUALA LUMPUR 6 September: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berkata siasatan polis langsung tiada kaitan dengan tindakannya membaca puisi di Himpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan Khamis lalu.Sebaliknya, beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Samad berkata, polis banyak bertanya mengenai hal peribadi yang tidak sepatutnya dijawab.“Tidak ditanyakan langsung mengenai puisi. Saya fikir saya dipanggil atas sebab puisi, tapi dalam pertemuan tadi, saya langsung tidak ditanya mengenainya, soalan yang ditanya tiada kena mengena.
"Saya memilih untuk tidak menjawab semua soalan itu, kecuali informasi tentang diri saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang tadi.Selain Pak Samad, turut memberi keterangan adalah Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin Abdullah.Mereka hadir bersama peguam Datuk S Ambiga yang mewakili Pak Samad manakala Lathefaa Koya mewakili Maria.
Semalam, Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengeluarkan notis untuk menyiasat sama ada sasterawan itu melanggar undang-undang dengan membaca sajak dalam perhimpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.Menurut Ambiga, notis yang dihantar kepada Pak Samad adalah di bawah peruntukan Seksyen 9 (5), Akta Perhimpunan Aman 2012, iaitu sebagai penganjur perhimpunan.“Bagaimanapun Pak Samad bukan penganjur dan notis telah ditarik balik. 
Keterangan hanya diberi di bawah Seksyen 112,” katanya.Mengulas soal siasat ke atas Maria, Latheefa berkata, anak guamnya ditanya soalan-soalan yang polis sendiri mempunyai jawapan.“Kami tidak melihat ada nilai menarik polis memanggil Maria dan Pak Samad hanya semata-mata untuk menjawab soalan yang mereka sendiri mempunyai jawapan.“Ditanya mengenai sidang media pemakluman Himpunan Janji Demokrasi…sudah ada gambar, video dan mereka tahu apa yang dicakapkan pada sidang media itu,” katanya. ~kd

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. Damri blog - Posts · Comments
Powered by Blogger