MEXICO CITY – Mexico akhirnya melangkah ke Piala Dunia 2014 di Brazil, namun dengan cara yang penuh ranjau apabila terpaksa menempuhi pusingan ‘play-off’ bertemu New Zealand.
Selepas kemenangan besar 5-1 di Mexico City, minggu lalu, skuad berkenaan terpaksa ke New Zealand untuk melengkapkan pusingan kedua yang menyaksikan tuan rumah tumpas 4-2, awal pagi tadi.
Dengan kemenangan itu, Mexico menempah tempat kali ke-15 daripada 20 final Piala Dunia.
“Tiada apa yang boleh diraikan,” kata Carlos Albert, yang bermain untuk Mexico yang menang emas ketika kejohanan Pan American pada 1967.
Tahun ini menyaksikan prestasi paling buruk dalam sejarah Mexico, kata Albert dalam kolumnya di akhbar El Universal.
Kali terakhir Mexico gagal ke Piala Dunia pada 1990, tetapi ia disebabkan mereka digantung daripada FIFA kerana menyenaraikan pemain berusia lebih tua ketika kejohanan belia.
Skuad Mexico dianggap pasukan pilihan di kalangan pasukan kelayakan di Zon Amerika Tengah dan Konfederasi Caribbean (CONCACAF). – AFP
0 komentar:
Posting Komentar